Saturday, 30 June 2012

Anoa'i Family

Peh.... sebulan x update
Hari nie nak citer ttg satu keluarga gusti yang memberi impak dlm scene gusti dunia.

Keluarga Anoa'i adalah keluarga yang melahirkan ramai penggusti yang ternama.
"High Chief" Peter Maivia adalah generasi terawal yang menerajui industri gusti. Beliau juga merupakan datuk kepada Dwayne "The Rock" Johnson.
"High Chief" Peter Maivia (1937-1982)
menjelaskan design tattoo The Rock sekarang...
Namun adik beliau Reverend Amituanai Anoa'i melahirkan lagi ramai generasi gusti Anoa'i. seperti:
Afa & Sika, The Wild Samoan


Rodney Agatupu Anoaʻi a.k.a. Yokozuna (1966-2000)

Eddie Fatu a.k.a Umaga (1973-2009)

Solofa Fatu a.k.a Rikishi
Jey & Jimi, The Usos (merupakan anak kembar Rikishi)

Carta keluarga Anoa'i
sumber: wikipedia


Ramai yang mengatakan Ahli gusti TNA & ROH; Samoa Joe dari keluarga sama. tidak sama sekali kerana dia dari keluarga Seanoa's, iaitu keluarga Polynesian dance troupe.
Kemungkinan juga dia mempunyai talian darah yang jauh (dua tiga pupu...?)
Aku la dua pupu The Rock!! (kot...)
 

Monday, 14 May 2012

Wrestling Terms

Biasa tengok mane2 artikel gusti (majalah/website/wikipedia), kompem ade perkataan seperti face, heel, gimmick, kayfabe, shoot, dll. Bagi yang tak paham ngan term nie, ak bagi serba sedikit yang ak paham...

  • FACE@BABYFACE@FAN FAVOURITE: watak baik atau hero. Contoh sekarang: John Cena, Triple H, CM Punk, Sheamus, The Big Show, Sting, Jeff Hardy
  • HEEL@VILLAIN: Watak Jahat atau antagonis. contoh sekarang: Daniel Bryan, Mark Henry, Kane.
  • TWEENER: watak yang tengah2 (jahat, tapi audience suka) contoh: Steve Austin, DX, Eddie Guerrero.
  • ANGLE: Jalan cerita atau plot sesuatu pergaduhan antara wrestler.
  • GIMMICK: gimik, watak @ perwatakan yang dipersembah oleh seseorang wrestler sepanjang show gusti. Contoh: Steve Austin sebagai Gangster, Undertaker sebagai Deadman, John 'Bradshaw' Layfield sebagai businessman yang berjaya.
  • KAYFABE: (camner nk cakap ek....) sekadar penipuan terhadap viewer & audience supaya jalan cerita@angle jadi lebih menarik. contoh: Undertaker & Kane adik beradik (hakikatnya xder talian darah pon).
  • SELL: reaksi lawan terhadap attack yang diberikan supaya ia nampak sakit (walaupun tak).
  • SHOOT: Situasi yang tidak dirancang (off the script) dan benar2 realiti.
  • WORKED SHOOT: Shoot yang sengaja dirancang.

Apa Khabar Semua...


Saper yang tak kenal individu macam Stone Cold Steve Austin, Undertaker, The Rock, dll? Time kecik2 dulu selalu lak kite wat catchphrase diorang, move diorang, dll.

Mungkin ramai x tahu hakikat gusti nie hanya SEKADAR LAKONAN SEMATA-MATA. Segala gerakan, caci maki, darah di kepala, sumer dah di skripkan segala-galanya. WWE memangilnya SPORTS ENTERTAIMENT. Dulu aku ingatkan betul gak, tp lepas baca artikel tu, artikel ni, saper yang menang dah ditentukan sebelum lawan lagi.

Tapi ia tetap tidak mengubah minat aku terhadap professional wrestling ini. So, saper masih nak enjoy gusti, enjoylah, kalau tak nak suke hati korang la... hehehehe